Friday, January 23, 2015

DPMMKLtv - Misi Bantuan Banjir Capai Sasaran



DPMMKLtv - Misi Bantuan Banjir Capai Sasaran 






Pihak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) telah mengumpul barang2 banjir di sekitar Selangor dan Wilayah persekutuan di Kota Damansara di Ibu Pejabat Anak- anak Terengganu di Selangor dan Kuala Lumpur (PESAT).

Bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir mempunyai 3 fasa. 


Fasa yang Pertama ialah fasa dimana bantuan-bantuan seperti bahan-bahan keperluan sahaja. Kesemua jumlah yang terkumpul adalah lebih kurang dalam 15 ribu Ringgit Malaysia.

Fasa Kedua pula ialah mengumpul kewangan untuk membantu mangsa banjir dan telah mencapai sebanyak 40 ribu Ringgit Malaysia. 

Fasa Ketiga ialah fasa dimana sebanyak 50 ribu Ringgit telah dikumpulkan untuk bantuan mangsa-mangsa banjir. 

Ketiga-tiga fasa yang dijalankan adalah dengan bantuan Ngo - Ngo yang lain untuk mencapai matlamat menghantar barangan membantu mangsa banjir. 

Pihaknya juga telah konvoi sebanyak hampir 15 biji kenderaan seperti lori dan pacuan empat roda. 





DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMMKL)

NO TEL: 03-77257055
NO FAX: 03-77225655
EMAIL: inquiries@klmcc.com