Tuesday, August 23, 2016

Majlis Pelupusan Barang Kes & Ops Cantas Khas Tahan Kongsi Gelap






DALAM MASA DUA MINGGU OPERASI KHAS CANTAS DUA YANG BERMULA 6 OGOS LALU, POLIS SELANGOR MENAHAN 137 INDIVIDU DAN 76 INDIVIDU DARIPADANYA AKAN DIDAKWA MANAKALA YANG SELEBIHNYA AKAN DIAMBIL MAKLUMAT PERIBADI.

TIMBALAN KETUA POLIS SELANGOR DATO MOHD FUAD ABD LATIF BERKATA, KESEMUA SUSPEK YANG DITAHAN ITU BERUSIA 20 HINGGA 5O TAHUN DAN DINEAL PASTI BERDASARKAN LAMBANG ATAU TATTOO YANG TERDAPAT DIBADAN MEREKA YANG TELAH DIHARAMKAN.

ANTARA KONGSI GELAP YANG DI ANGGOTAI SUSPEK SEPERTI GENG SATU HATI, GENG 04, DAN GENG 36 SERTA BEBERAPA KUMPULAN YANG DIISTIHARKAN HARAM MENGIKUT AKTA PERTUBHAN 1966.

BELIAU BERKATA DEMIKIAN SELEPAS MAJLIS PERLUPUSAN BARANG KES KOMPUTER PERJUDIAN DI BALAI POLIS ARA DAMANSARA SIANG TADI.

SEBANYAK 3 RIBU 659 UNIT KOMPUTER DAN PERALATAN PERJUDIAN DILUPUSKAN BAGI MENGELAK RAMBAKKAN KOMPUTER DI STOR SIMPANAN BARANG KES DI BALAI POLIS DAERAH PETALING JAYA.

JELASNYA LAGI, PADA TAHUN INI, DI SELANGOR SAHAJA POLIS MEMBUAT SERBUAN 447 PUSAT JUDI HARAM DAN MENAHAN 400 PEKERJA DAN MERAMPAS 7 RIBU 260 BUAH UNIT KOMPUTER DENGAN NILAI RAMPAS 5.8 JUTA RINGGIT DAN WANG TUNAI 40 RIBU 43 RINGGIT.

BELIAU BERKATA, OPERASI PUSAT JUDI HARAM INI AKAN DITERUSKAN DARI MASA KE SEMASA DAN MEMINTA ORANG RAMAI UNTUK MEMBERI MAKLUMAT TENTANG KEGIATAN JUDI HARAM KEPADA POLIS.

Thursday, August 6, 2015

OPERASI IMIGRATION PUTRAJAYA

KUALA LUMPUR - "kahwin dengan orang tempatan walaupun sudah bersuami" , itu antara alasan digunakan oleh wanita warga asing untuk menetap di negara ini. Ia sekaligus tidak menampakkan hasil penguatkuasaan biarpun operasi demi operasi dilakukan.Buktinya, 106 wanita warga vietnam ditangkap di sebuah kelab malam jalan perak ibu negara malam tadi. Malah lebih teruk lagi , mereka ini sanggup menjaja diri menjadi gro di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara. Kelab itu digempur imigresen putrajaya dengan kekuatan 44 orang anggota. Ketika diserbu ada yang asyik melayan pelanggan dan menari tarian ghairah . Hasil semakan , 76 wanita itu menggunakan pas lawatan social , 13 pas pelajar, 6 isteri kepada warga tempatan dan selebihnya tiada pasport. Risikan percaya, kelab malam itu mempunyai kaitan dengan agen sindiket pelacuran. Tindakan dikenakan mengikut seksyen 6 kurungan 1 kurungan c dan seksyen 15 kurungan 1 kurungan c akta imigresen dan 39 kurungan b peraturan-peraturan imigresen 1963. Kesemua tangkapan dibawa ke depoh tahanan imigresen di putrajaya.




Mayat seorang duda ditemui tergantung di bawah jambatan dengan tangan terikat.

RAWANG - Mayat seorang duda ditemui tergantung di bawah jambatan dengan tangan terikat di Taman Bersatu , Rawang lewat petang semalam. Kejadian disedari seorang pemancing yang menggunakan jambatan berkenaan kira-ira jam 6.30 petang tadi. Ketika ditemui ketua tangan mangsa terikat manakala lehernya terjerut dengan tali nilon dan tergantung pada paip besar. Mengetahui punca kematian mangsa, samada ada unsur jenayah atau sebaliknya. Forensik turut menemui kesan jerutan pada leher namun tiada kesan lebam atau cedera pada tubuh mangsa. Ketika polis daerah Gombak ACP Ali Ahmad Berkata hasil bedah siasat akan mengetahui punca kematian mangsa, samada ada unsur jenayah atau sebaliknya. Mangsa dikenali sebagai parameswaran anak lelaki avadayar 33 tahun dan bekerja di sebuah kilang daerah , Rawang . Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.




PM Hadir Majlis Hari Raya TPM Zahid

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis rumah terbuka aildilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Tun Razak 1 , Pusat Perdagangan Dunia Putra PWTC. Beliau tiba pada pukul 9.25 Malam dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Datuk Seri Najib Razak Diiringi timbalan perdana menteri, Datuk Seri DR Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis rumah terbuka aidilfitri anjuran KDN di PWTC, malam tadi. Perdana menteri meluangkan masa hampir 1 jam menikmati jamuan, beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu sebelum meninggalkan majlis pada pukul 10.15 malam. Majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 tetamu menghidangkan juadah seperti sate, kambing panggang dan kuih-muih tradisi selain dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional dan artis seperti Jamal Abdillah, Nash dan Zamani.Turut hadir Timbalan Menteri KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Hisyammuddin Tun Hussin serta kakitangan daripada jabatan serta agensi di bawah KDN.







Wednesday, August 5, 2015

Penunggang dan Pembonceng Maut Langgar Belakang Lori

RAWANG - Beberapa pengguna jalan raya yang lain menyaksikan mangsa yang menunggang sebuah motosikal keluar dari simpang Taman Air Templer memasuki Jalan Utama. Mangsa dikatakan memandu laju , lalu melanggar bahagian belakang lori treler yang kebetulan berada di laluan kiri jalan.Namun, hanya disedari pemandu lori terbabit selepas diberitahu orang awam.

Menurut siasatan awal polis , Kedua-dua mangsa yang terlekat di bahagian belakang treler terseret sejauh 50 meter. Pemandu lori terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Gombak.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohd Garip Nihar dan Hendi Sufyan yang berusia 31 dan 51 tahun. Kedua-dua mangsa memiliki Kad Pengenalan penduduk tetap.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. Orang Ramai yang menyaksikan kemalagan di minta hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kejadian tersebut.






Friday, January 23, 2015

DPMMKLtv - Misi Bantuan Banjir Capai Sasaran



DPMMKLtv - Misi Bantuan Banjir Capai Sasaran 






Pihak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) telah mengumpul barang2 banjir di sekitar Selangor dan Wilayah persekutuan di Kota Damansara di Ibu Pejabat Anak- anak Terengganu di Selangor dan Kuala Lumpur (PESAT).

Bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir mempunyai 3 fasa. 


Fasa yang Pertama ialah fasa dimana bantuan-bantuan seperti bahan-bahan keperluan sahaja. Kesemua jumlah yang terkumpul adalah lebih kurang dalam 15 ribu Ringgit Malaysia.

Fasa Kedua pula ialah mengumpul kewangan untuk membantu mangsa banjir dan telah mencapai sebanyak 40 ribu Ringgit Malaysia. 

Fasa Ketiga ialah fasa dimana sebanyak 50 ribu Ringgit telah dikumpulkan untuk bantuan mangsa-mangsa banjir. 

Ketiga-tiga fasa yang dijalankan adalah dengan bantuan Ngo - Ngo yang lain untuk mencapai matlamat menghantar barangan membantu mangsa banjir. 

Pihaknya juga telah konvoi sebanyak hampir 15 biji kenderaan seperti lori dan pacuan empat roda. 





DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMMKL)

NO TEL: 03-77257055
NO FAX: 03-77225655
EMAIL: inquiries@klmcc.com











Sunday, June 8, 2014

Masuk Islam atau Murtad: Perlukan Ketetapan dan Keseragaman

Isu tentang memeluk agama Islam dan keluar atau murtad telah berlarutan agak panjang. Suatu ketika dulu isu ini amat sensitif kepada orang Melayu dan Islam di Semenanjung Malaysia, tetapi agak terbuka dan jelas di Sabah dan Sarawak.