Wednesday, August 5, 2015

Penunggang dan Pembonceng Maut Langgar Belakang Lori

RAWANG - Beberapa pengguna jalan raya yang lain menyaksikan mangsa yang menunggang sebuah motosikal keluar dari simpang Taman Air Templer memasuki Jalan Utama. Mangsa dikatakan memandu laju , lalu melanggar bahagian belakang lori treler yang kebetulan berada di laluan kiri jalan.Namun, hanya disedari pemandu lori terbabit selepas diberitahu orang awam.

Menurut siasatan awal polis , Kedua-dua mangsa yang terlekat di bahagian belakang treler terseret sejauh 50 meter. Pemandu lori terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Gombak.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohd Garip Nihar dan Hendi Sufyan yang berusia 31 dan 51 tahun. Kedua-dua mangsa memiliki Kad Pengenalan penduduk tetap.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. Orang Ramai yang menyaksikan kemalagan di minta hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kejadian tersebut.






No comments:

Post a Comment