Thursday, August 6, 2015

PM Hadir Majlis Hari Raya TPM Zahid

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis rumah terbuka aildilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Tun Razak 1 , Pusat Perdagangan Dunia Putra PWTC. Beliau tiba pada pukul 9.25 Malam dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Datuk Seri Najib Razak Diiringi timbalan perdana menteri, Datuk Seri DR Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis rumah terbuka aidilfitri anjuran KDN di PWTC, malam tadi. Perdana menteri meluangkan masa hampir 1 jam menikmati jamuan, beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu sebelum meninggalkan majlis pada pukul 10.15 malam. Majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 tetamu menghidangkan juadah seperti sate, kambing panggang dan kuih-muih tradisi selain dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional dan artis seperti Jamal Abdillah, Nash dan Zamani.Turut hadir Timbalan Menteri KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Hisyammuddin Tun Hussin serta kakitangan daripada jabatan serta agensi di bawah KDN.







No comments:

Post a Comment